CD Interaktif / Tugasan 1C – Abdul Hadi Bin Ag. Durahim

Tugasan 1C: Penilaian Sumber Pembelajaran.

Sumber Pembelajaran            : CD

Tajuk                                       : MULTIPLICATION THE EASY WAY.

Subjek                                     : Matematik.

Pembangun                            : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah dan PKG Tawau.

Analisis.

Objektif “courseware” ini ialah untuk memudahkan murid-murid membina jadual sifir 2 hingga 9 secara sendiri tanpa bantuan sesiapa. CD pengajaran ini sesuai membantu murid sekolah rendah yang kurang mahir dengan sifir. Idea membina jadual sifir di dalam CD ini merupakan suatu cara yang mudah diikuti oleh murid yang kurang mahir dalam sifir. Pengetahuan sedia ada murid sebelum mengikuti pembelajaran ini ialah mereka perlu tahu 4 kemahiran asas dalam Matematik iaitu operasi Tambah, Tolak, Darab, dan Bahagi. Isi kandungan pembelajaran ini sesuai untuk kegunaan murid secara individu ataupun berkumpulan. Pembelajaran ini disebarkan dengan menggunakan CD dan DVD. Jika guru yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi, bolehlah memuatnaik ke laman sesawang supaya boleh dikongsi dengan semua orang.

Rekabentuk.

Kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam “courseware” ini ialah kaedah demonstrasi. Murid-murid ditunjukkan cara-cara membina jadual sifir 2 hingga 9. Setiap jadual sifir mempunyai caranya yang tersendiri untuk dibina dan demonstrasi yang dilakukan adalah secara berperingkat iaitu satu penerangan cara dengan satu perkara yang perlu dibuat semasa membina jadual sifir. Contohnya membina sifir 7 dengan menggunakan cara “magnet” yang diterangkan secara berperingkat supaya tidak mengelirukan murid. Peralatan yang digunakan untuk mengajar pembelajaran ini ialah komputer dengan “driver” CD, alat pembesar suara (speaker), dan alat paparan seperti LCD (Liquid Crystal Display).

Pembangunan.

Penghasilan CD pembelajaran ini ialah dengan menggunakan perisian “Flash”, “Quicktime”, “Macromedia Aotoware” dan “AnimatedGIF”. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris kerana subjek sasaran pembelajaran ini ialah murid-murid sekolah rendah berdasarkan dasar kerajaan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek Matematik.

Impliment.

Saya berpendapat bahawa penggunaan “coursware” telah digunakan oleh sekolah-sekolah di sekitar PKG Tawau seperti SK. Kukusan dan SK. St. Patrick.

Penilaian.

Saya berpendapat bahawa perisian ini akan menjadi lebih menarik jika terdapat pembelajaran secara interaksi iaitu murid boleh mencuba membina jadual sifir dan perisian ini dapat membimbing murid supaya dapat membina jadual sifir yang betul mengikut kaedah atau cara yang disediakan dalam perisian ini.

Secara keseluruhan, saya setuju dengan pembelajaran dengan menggunakan perisian ini kerana sedikit sebanyak boleh membantu guru mengajar murid membina jadual sifir. Cara penyampaian pembelajaran secara berperingkat memudahkan murid memahami cara membina jadual sifir. Lagipun cara membina jadual sifir yang menarik dalam perisian ini merupakan sebahagian daripada banyak cara menbina jadual sifir.

Gambar Paparan Perisian.

Tugasan 1C-ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)

Paparan pengenalan.

Sifir-sifir yang terlibat.

Paparan langkah membina jadual sifir 2.

Paparan langkah membina jadual sifir 2.

Paparan jadual sifir 2 yang siap.

Paparan penutup perisian.

Paparan penutup perisian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s