PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1 KSSR

 

MODUL 1 ( KESIHATAN FIZIKAL)

Kesihatan Diri dan Reproduktif

          Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi tiga aspek penting iaitu memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan, mengetahui penjagaan kebersihan diri dan mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

          Pelbagai alternatif dapat digunakan bagi memastikan topik ini dapat disampaikan kepada para pelajar. Antaranya ialah menggunakan pendekatan patung dan melalui tayangan video. Penggunaan patung dapat membantu para pelajar mengenali bahagian tubuh iaitu kepala, badan, tangan, kaki dan genital. Melalui cara ini para pelajar dapat memahami aspek fizikal antara lelaki dan perempuan. Murid dapat mempelajari setiap anggota tubuh badan manusia secara maujud melihat sendiri bentuk anggota tubuh badan manusia. Di samping itu, iainya juga dapat mendidik para pelajar untuk berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat oleh orang yang tidak dikenali atau bukan muhrim setelah para pelajar memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. Ini dapat mengelakkan berlakunya perbuatan cabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kanak-kanak.

 Selain itu, tayangan video amat membantu para pelajar mengetahui penjagaan kebersihan diri dan penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri. Tayangan video seperti cara mandi yang betul, mencuci tangan dan kaki yang betul, membersih dan memotong kuku dengan betul, menggosok gigi dan mencuci organ genital dengan betul membantu para pelajar mengamalkan cara hidup sihat. Dengan cara ini, murid juga dapat memahami dan mempelajari kesan-kesan jika tidak menjaga kesihatan anggota tubuh badan dengan betul seperti penyakit-penyakit yang biasa dan mudah dihidapi oleh murid-murid terutama penyakit berjangkit seperti kurap, panau, kudis dan sebagainya.

          Topik ini juga dapat meningkatkan nilai-nilai moral para pelajar seperti lebih mengambil berat tentang kesihatan seksual setelah mempelajari untuk tidak bersentuhan bagi yang bukan muhrim dan mempelajari untuk tidak berkongsi alatan keperluan diri masing-masing. Ianya juga dapat membentuk pandangan yang positif di kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

          Dalam masa yang sama, topik ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kepada pelajar seperti mengelakkan masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini dan akan datang. Ini kerana pelajar lebih memahami konsep HARAM bagi bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Para pelajar juga terhindar daripada masalah penyakit berjangkit akibat daripada perkongsian alatan keperluan diri.

          Oleh yang demikian, topik ini dapat membentuk para pelajar menjadi pelajar yang dapat membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan diri  serta tingkah laku seksual masa kini dan masa depan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s