SEGAK

 

 

 

SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN

 

 

APAKAH SEGAK?

 

# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

 

MATLAMAT

 

# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

 

UJIAN-UJIAN SEGAK

 

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )

2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )

3. RINGKUK TUBI SEPARA

4. JANGKAUAN MELUNJUR

 

UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!

UJIAN 1            : NAIK TURUN BANGKU

TAHAP             : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

TUJUAN           : UNTUK MENILAI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

JANTINA          : LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN                                                   

  1. Bangku – ketinggian 30.5 cm (1 kaki )                       NAIK TURUN BANGKU
  2. Jam Randik
  3. Boring skor
  4. Rakaman metronome ( 96 detik )
  5. Radio CD

Pengurusan dan organisasi

  1. Aktiviti dijalankan secara berpasangan
  2. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan)
  3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit

Prosedur

  1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
  2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (mana yang sesuai)diletakkan di atas bangku
  3. Penguji akan memberikan isyarat “mula”.
  4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.
  5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhanti.
  6. Selepas tamat aktiviti, murid akan duduk serta merta.
  7. Kadar nadi diambil selepas 5 saat tamat aktiviti.
  8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid akan dibatalkan.

UJIAN 2            : TEKAN TUBI (LELAKI)

 : TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN)

TUJUAN           : UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT SERTA BAHU  BADAN

TAHAP             : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

ALATAN DAN KEMUDAHAN

  1. Kawasan lapang yang rata
  2. Span (5cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi)
  3. Jam randik
  4. Tilam senaman

Pengurusan dan organisasi

  1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan
  2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat

Prosedur

  1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan (tekan tubi) -mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi suaian)
  2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm.
  3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu ulangan lakuan.
  4. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1-3
  5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil hanya setakat murid berhenti.
  6. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid gagal melakukan aktiviti dengan sempurna mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.

                             

            TEKAN TUBI LELAKI                                                     TEKAN TUBI SUAIAN PEREMPUAN

 

UJIAN 3            : RINGKUK TUBI SEPARA

TUJUAN           : UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

TAHAP             : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

JANTINA          : LELAKI DAN PEREMPUAN

Alatan dan kemudahan                                                          

  1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm                                                       
  2. Pita ukur
  3. Jam randik
  4. Metronome (50 detik seminit)
  5. Pelapik getah
  6. Penanda 15 cm panjang

Pengurusan dan organisasi

  1. Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan palaku
  2. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.

Prosedur

  1. Ujian dijalankan dengan murid mamakai kasut sukan yang sesuai.
  2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai.
  3. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari penanda pertama.
  4. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelongsor hingga menyentuh penanda kedua.
  5. Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal.
  6. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.
  7. Murid B akan mengambil skor dan ulangan murid A.                      
  8. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A

Berhenti melakukan ujian

Jari tidak menyentuh penanda kedua

Tumit diangkat

Tidak mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.

 

 

UJIAN 4            : JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN           : UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PAHA DAN DENDI             PINGGUL.

TAHAP             : MURID TAHUN 4 HINGGA TINGKATAN 5

JANTINA          : LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN

  1. Alat pengukur jangkauan
  2. Boring skor

Pengurusan dan organisasi

  1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard

Prosedur

  1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm.
  2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
  3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.
  4. Dagu rapat kedada. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
  5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
  6. Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

 

 

JANGKAUAN MELUNJUR

 

 

SKOR KESELURUHAN MENGIKUT TAHUN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SKOR KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s