sukan hayat

Menerapkan budaya sukan sepanjang hayat

Antara penggiat senaman sukan sepanjang hayat yang menganalisis prestasi perkembangan sukan tanah air ialah J.C. Francis Carvalho.

Carvalho, pengasas dan pelopor ‘EITP Fitness Sports Image’ di Petaling Jaya, berkata, beliau telah membuat pemantauan dan perbandingan prestasi atlet Malaysia dengan negara lain di beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

EITP ialah ‘Excellence Innovative Training Programme’ yang diilhamkan pada 1986 untuk merekacipta struktur, sistem dan mekanisme bersenaman seisi keluarga untuk menjamin gaya hidup sihat dan menerapkan budaya senaman sehingga akhir hayat.

Carvalho, 65, yang berlatarbelakang bidang perubatan dan sepanjang pengalaman kerjayanya itu beliau turut mengkaji mengenai kehidupan sihat dan terapi alternatif serta perubatan pencegahan dengan mendalami cabang ilmu yang berkaitan seperti latihan kesesuaian, latihan sukan beransur maju dan sistem teknologi senaman.

Hasil dedikasinya itu membolehkan beliau memperoleh beberapa pengiktirafan profesional seperti kejurulatihan, fisiologi senaman, latihan bina badan dan terapi kesejahteraan.

Pada 1990, Carvalho berjaya membangunkan sistem francais EITP bagi memenuhi keperluan dan permintaan pada abad ke-21 dalam latihan senaman kecergasan, mekanisme pencegahan penyakit, kesejahteraan dan pembangunan insan mengikut pendekatan sains sukan, seperti perkembangan mental, penjagaan kesihatan dan pemakanan, fisiologi dan disiplin senaman, pencegahan kecederaan dan pengurusan sukan senaman.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s